Info SMS Premium

Saturday, October 27, 2007

Ketika diperkenalkan sekitar tahun 90-an, ianya tidak lebih daripada satu lagi bentuk perkhidmatan untuk memikat pengguna telefon bergerak.
Kini penggunaan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau mesej teks telah menular dengan meluas. Ada yang menggelarkannya "raja" dalam dunia telefon bergerak dengan popularitinya terutama di kalangan anak muda yang tinggal di bandar.
Di Malaysia, industri telekomunikasi termasuk khidmat SMS dikawal oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah kelolaan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.

Perangkaan terkini yang diperolehi dari MCMC menunjukkan terdapat 21.5 juta pengguna telefon bimbit di Malaysia di mana 80 peratus adalah pengguna prabayar. Sehingga 27 Nov lalu, 13.1 juta telah mendaftar nombor mereka.
Menurut Ketua, Komunikasi Korporat MCMC, Adelina Iskandar, terdapat beberapa pihak terbabit dalam khidmat SMS, iaitu syarikat telekomunikasi cellular (celcos), dan Penyedia Kandungan (CP).

Syarikat-syarikat celcos terdiri daripada Celcom, DiGi dan Maxis sementara CP adalah syarikat yang menyediakan kandungan serta menawarkannya kepada pengguna.
Syarikat yang ingin menyediakan khidmat SMS perlu mempunyai lesen Penyedia Khidmat Aplikasi (Klas) yang dikeluarkan oleh MCMC.
JENIS-JENIS KHIDMAT SMS

Dewasa ini terdapat dua jenis khidmat SMS, SMS Biasa di mana pelanggan menghantar pesanan teks kepada pelanggan lain dan SMS Kadar Premium yang menawarkan antaranya data, maklumat, grafik atau imej seperti nada dering, 'wallpaper'dan berita. Khidmat ini lazimnya dicaj menerusi potongan kredit prabayar atau bil pascabayar. Caj untuk kedua-dua khidmat ini tidak ditetapkan.

Terdapat dua jenis SMS Kadar Premium, iaitu bayar setiap muat turun dan khidmat langganan. Untuk bayar setiap muat turun, pelanggan akan dicaj jika mereka membuat permintaan atau "membeli" kandungan. Bagi khidmat langganan, pelanggan akan dicaj yuran mingguan atau bulanan.

Celcos mempunyai jenama khidmat kandungan mereka sendiri yang disediakan menerusi kodpendek bermula dengan 1xxxx atau 2xxxx. CPs pula menyediakan khidmat kandungan ini menerusi sistem Akses Penyedia Kandungan (CPA) celcos dan kodpendek yang digunakan bermula dengan 3xxxx.

"Bagi melindungi pengguna, celcos mengeluarkan garis panduan untuk Penyediaan Khidmat Langganan bagi Kandungan Mobile dan Khidmat (Guidelines on the Provision of Subscription Services for Mobile Content and Services).
"Bagi kuiz dan peraduan menerusi SMS, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Garis Panduan Mengenai Penganjuran Peraduan Bertujuan Promosi Komersil yang mesti dipatuhi.

Dengan itu saya telah memulakan satu projek SMS ini, iaitu keputusan 4D.( http://www.4d2u.co.nr/ )

0 comments: